Kebudayaan

 

Identiti sesuatu kaum adalah melalui kebudayaannya. Dengan adanya asimilasi kebudayaan di Malaysia sesetengah daripada unsur kebudayaan semakin pudar dan hampir lenyap. Sebahagian pula telah berubahsuai mengikut arus budaya tempatan ke  sesuatu rupa yang sememangnya  unik kepada  Malaysia.

 Bahasa

 Bahasa yang digunakan di Kerala umumnya ialah Malayalam. Kaum Malabari mempunyai. loghatnya yang  tersendiri dan banyak menggunakan perkataan Arab, Parsi Sanskrit dan Tamil. Persamaan penggunaan perkataan diantara satu bahasa dengan lain menggambarkan hubungan kebudayaan diantara kaum. Sebagai contohnya, terdapat 19 jenis kapal yang digunakan oleh orang Malabari dalam perdagangan dan peperangan di zaman dahulu. Diantaranya termasuklah sampan(sampan), parao(perahu), pathamari(petamari), kappal(kapal) dan sambuk(sambuk). Perkataan di dalam kurungan adalah sebagaimana yang digunakan dalam Bahasa Melayu sekarang. Ini menunjukkan hubungan yang rapat dan mendalam diantara Tanah Melayu dan malabar pada zaman dahulu.

 Seni

Lagu lagu yang dihasilkan oleh mereka menggunakan rentak yang  berbeza dari mereka yang bukan Islam. Apabila dinyanyikan dengan lagu dalam loghat diatas berserta dengan tarian yang tersendiri  maka terciptalah  Mappila paatu (lagu-lagu Mappila). Oppana ialah satu bentuk  tarian dan lagu-lagu wanita berserta dengan tepukan tangan biasanya dinyanyikan olen kaum wanita untuk pengantin perempuan.  Aranava 'rebana' merupakan kompang berserta denagn lagu dan tarian yang dinyanyikan oleh kam lelaki digunakan semasa meyambut pengantin dan tetamu kehormat

 

Pelajaran

 Walaupun pada mulanya kaum Malabari  tertinggal dalam pelajaran formal, mereka bukannya buta huruf. Mereka telah mencipta satu bentuk tulisan yang berdasarkan huruf Arab untuk membaca dan menulis  Malayalam. Ini dikenali sebagai Arabi Malayalam. Perkembangan tulisan Arabi Malayam hampir sama dengan tulisan Jawi.

 Makanan 

Kaum Malabari mempunyai makanan dan sajian yang tersendiri. ‘Patiri’ merupakan salah satu dari sajian yang istimewa. Ada pendapat yang mengatakan yang sajian ini berasal dari perkataan Arab dan perkataan asalnya ialah ‘Fatheer’.Makanan Arab ini telah diubahsuai untuk citarasa Malabari. Ianya dibuat dari tepung beras dan dimakan dengan kuah ayam atau daging yang dimasak ala Malabari.

Kalari payat

Kalaripayat merupakan seni mempertahankan diri yang di amalkan di Kerala sejak zaman dahulu lai. Terdapat ramai orang Malabari yang mahir dalam seni ini dari dahulu lagi. Manjeri Kurikkal adalah salah seorang daripadanya. Seni ini dipopularkan di Malaysia oleh Ustaz Haji Hamzah